Kes tetak, penganggur terima balasan

Mazlisham dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini.
Mazlisham dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini.
A
A
A
KOTA BHARU - Tindakan seorang penganggur menetak juruteknik hingga putus tendon lengan kiri dibalas dengan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Mazlisham Mahamood,48, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Noor Mizan Megat Hussain,40, dengan menggunakan sebilah kelewang.

Kesalahan dilakukan di Pos Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah Kuala Krai, pada jam 11 pagi, Isnin lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!