15 ditahan dalam Ops Sarang di kebun kelapa sawit

Suspek yang ditahan dalam Ops Sarang, semalam.
Suspek yang ditahan dalam Ops Sarang, semalam.
A
A
A

JEMPOL - Polis berjaya menumpaskan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang di lokasi dikenali Pot Belakang Pos di kebun kelapa sawit, Felda Palong 6, Gemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 individu ditahan dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dan membeli dadah di kawasan berkenaan.

"Semasa operasi dijalankan dalam kebun kelapa sawit, anggota telah melihat tiga lelaki sedang duduk sambil menghadap antara satu sama lain di atas tanah dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka kemudiannya bergerak dan menghampiri ketiga-tiga lelaki itu sebelum kesemuanya bertempiaran melarikan diri.

"Semasa tangkapan cuba dilakukan, berlaku pergelutan antara anggota dan kesemua lelaki itu, mengakibatkan ada anggota yang tercedera," katanya.

Antara yang ditahan dalam Ops Sarang, semalam.
Antara yang ditahan dalam Ops Sarang, semalam.

Bagaimanapun katanya, dalam operasi yang tamat jam 3 pagi itu, kesemua suspek berjaya ditahan tidak jauh dari kawasan tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan di tempat itu menjumpai sebuah beg pinggang berzip berwarna coklat di atas tanah.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan lanjut ke atas beg pinggang tersebut telah menemukan bahan disyaki syabu seberat 12.5gram.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan tersebut, polis juga menahan seorang lelaki yang datang menaiki motosikal ke situ.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, menjumpai plastik berisi dadah jenis syabu seberat 0.5gram dipercayai untuk dijual.

"Tidak lama selepas itu kita berjaya menahan 11 lelaki yang masuk ke kawasan berkenaan untuk mencari bekalan.

"Hasil ujian urin mendapati kesemua mereka positif dadah,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!