Djokovic juara Terbuka Australia
BINTANG tenis, Novak Djokovic menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6(4), 7-6(5), dalam perlawanan akhir Terbuka Australia pada Ahad.
Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun tersebut meraih gelaran ke-10 sekali gus melebarkan rekod di Melbourne Park.
Ini juga merupakan mahkota Grand Slam ke-22 pemain Serbia itu, menjadikan dia setaraf dengan Rafael Nadal dalam senarai juara utama lelaki.
“Saya sangat gembira dan bersyukur di sebalik kejayaan yang luar biasa pada malam ini.
“Ya, satu lagi final Grand Slam...
“Kemenangan ini juga satu penghormatan kepada pasukan saya yang sentiasa memberi sokongan selama ini,” katanya.
JUARA GRAND SLAM SEPANJANG MASA
Rafael Nadal: 22
Novak Djokovic: 22
Roger Federer: 20
Pete Sampras: 14
Roy Emerson: 12
Rod Laver: 11
Björn Borg: 11
Bill Tilden: 10
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!