Godaan juadah 'Siam' lebih menggiurkan
DANNOK - Godaan kelazatan makanan 'Siam' yang lebih menggiurkan menjadi antara faktor utama ribuan rakyat Malaysia sering berkunjung ke kawasan sempadan negara jiran, Thailand seperti di sini dan Golok untuk berbelanja.
Meskipun harga makanan di Thailand didapati lebih tinggi sedikit berbanding di Malaysia iaitu perbezaan antara RM1 hingga RM2 sahaja, ia tidak menghalang rakyat Malaysia untuk menikmati makanan di negara tersebut kerana didapati bukan sahaja sedap, malah saiz hidangannya juga lebih besar.
Hasil tinjauan wartawan Sinar Harian di sekitar pekan Golok mendapati, menu yang sering menjadi pilihan utama ialah tomyam diikuti sayur kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dan telur dadar.
Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!