Ahmad Zahid hadir mesyuarat UMNO Sabah

Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama Bung Moktar (tiga dari kanan) dan Yakub (kanan) ketika mesyuarat UMNO Sabah di Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama Bung Moktar (tiga dari kanan) dan Yakub (kanan) ketika mesyuarat UMNO Sabah di Kota Kinabalu.
A
A
A
KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di bangunan UMNO Sabah bagi menghadiri mesyuarat khas yang diadakan bersama kepimpinan UMNO Sabah pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba pada jam 1.40 petang untuk menghadiri mesyuarat itu selepas melakukan lawatan kerja melawat mangsa banjir di Pitas.

Turut kelihatan hadir ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan timbalannya, Datuk Yakub Khan; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO termasuk Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Difahamkan, menerusi jemputan yang diedarkan kepada pengamal media pada malam Ahad, satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.



Bagaimanapun, tiada maklumat secara terperinci dikongsikan tujuan sidang akhbar itu diadakan.

UMNO Pusat pada Jumaat lalu dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengadakan 'pembersihan' dalam parti itu apabila beberapa nama besar telah dipecat dan ada yang digantung keahliannya.

Di Sabah pula, susulan pergolakan politik yang berlaku baru-baru ini terdapat lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) - UMNO menyatakan secara terbuka untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri walaupun Bung Moktar telah mengumumkan bahawa UMNO Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji.

Lima ADUN terbabit ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!