MB alukan cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam

Tangkap layar video memaparkan pembangunan KSSA dikongsi Amirudin di laman Facebooknya pada Isnin.
Tangkap layar video memaparkan pembangunan KSSA dikongsi Amirudin di laman Facebooknya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi mempelawa orang ramai untuk menyertai sesi libat urus bagi projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menurut Amirudin, sesi libat urus bagi projek pembangunan semula KSSA sedang berlangsung di pusat beli-belah SACC Mall Shah Alam bermula 26 Januari lalu dan berakhir pada 10 Februari.

“Orang awam dijemput melibatkan diri dengan memberi maklum balas serta cadangan di SACC Mall, Shah Alam sehingga 10 Februari ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Amirudin turut memuat naik video mengenai projek pembangunan KSSA bagi memudahkan orang ramai mendapat gambaran sebenar perkembangan projek tersebut.

"Tonton video Projek Pembangunan Kompleks Shah Alam (KSSA) untuk mendapat gambaran yang lebih teliti mengenai perkembangan projek ini," ujar Amirudin.

Video memaparkan pembangunan KSSA berasaskan komuniti, kelestarian dan keusahawanan selain kemudahan kepada stesen transit aliran ringan (LRT), hab transit bas serta akses pejalan kaki.

Stadium itu dijangka menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dengan dilengkapi ultrasel curva, papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kurang upaya dan ruang korporat.

Gelanggang serba moden itu turut disediakan bilik persalinan, sistem penyejukan tempat duduk selain transformasi ke mod sukan dan acara sukan dalam dewan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!