10 maut diserang dron di Syria
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan dron yang mensasarkan puak pro Iran di timur Syria, termasuk tiga maut dalam serangan pada Isnin.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, seorang komander pro Iran antara terbunuh dalam serangan dron tersebut.
"Seorang komander dalam kumpulan disokong Iran dan dua rakannya telah terbunuh pada pagi hari ini (Isnin) selepas serangan dron yang terbaharu," katanya.
Difahamkan konvoi trak diserang ketika meninjau lokasi serangan pada Ahad berhampiran wilayah Albu Kamal yang memusnahkan enam trak peti sejuk mengangkut senjata Iran ke Syria dari Iraq.
Dalam kejadian Ahad itu, tujuh orang terbunuh termasuk pemandu trak dan pembantunya yang diserang 'pesawat tidak dikenali' yang mensasarkan konvoi yang disokong Iran.
Bagaimanapun, kumpulan pemerhati tidak dapat mengesahkan identiti mangsa. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!