Lapan tetamu majlis hari jadi maut ditembak

Lapan terbunuh dalam insiden tembakan rambang dalam satu majlis hari jadi di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan pada Ahad. - Foto AFP
Lapan terbunuh dalam insiden tembakan rambang dalam satu majlis hari jadi di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

JOHANNESBURG - Lapan orang maut manakala tiga lagi cedera selepas dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis hari jadi di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan pada Ahad.

Siasatan awal mendapati majlis hari jadi itu dianjurkan pemilik sebuah rumah di Kwazakele Gqeberha.

"Tiga wanita dan empat lelaki maut manakala empat lagi termasuk dua wanita dan dua lelaki cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan,” kata jurucakap polis Eastern Cape Province, Priscilla Naidu.

Seorang daripada mangsa meninggal dunia di hospital menjadikan lapan mangsa terbunuh termasuk pemilik rumah, lapor Xinhua.

Polis melancarkan gerakan memburu suspek dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kejadian.

Menurut jurucakap itu, tiada tangkapan dibuat setakat ini, identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum dikenal pasti. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!