Angin Kencang, Laut Bergelora
Keadaan angin kencang dan laut bergelora menyebabkan ombak besar menghempas benteng penahan ombak ketika tinjauan di Pantai Kundur, Kota Bharu, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan sehingga 31 Januari ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 60 KM sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 Meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti pantai. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!