Industri kenaf perlu rebut peluang di pasaran global

Fadillah (tengah) ketika berswafoto bersama tetamu Majlis Pelancaran Pelan Strategik LKTN 2021-2025 dan Anugerah Penanam Industri dan Inovasi Kenaf 2021 pada Isnin.
Fadillah (tengah) ketika berswafoto bersama tetamu Majlis Pelancaran Pelan Strategik LKTN 2021-2025 dan Anugerah Penanam Industri dan Inovasi Kenaf 2021 pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengeluaran produk kenaf di peringkat antarabangsa dan transformasi berterusan membolehkan industri tanaman itu dikenali di pasaran global.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, industri kenaf perlu merebut peluang itu sesuai pasaran semasa.

Menurut beliau, usaha berterusan dapat memastikan industri itu terus selari dengan revolusi tanaman itu.

"Potensi industri tanaman itu mampu berkembang di negara ini bagi mencapai keberhasilan yang memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2021-2025 dan Anugerah Penanam Industri dan Inovasi Kenaf 2021 di sini pada Isnin.

Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2021- 2025 yang dilancarkan merupakan dokumen perancangan strategik jangka panjang LKTN merangkumi strategi, pelan tindakan, indikator dan sasaran bagi tempoh lima tahun.

Pelan berkenaan sejajar dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) untuk mencapai output dan keberhasilan yang ditetapkan.

Fadillah turut memberitahu, kementerian melalui LKTN juga akan memperbanyakkan aktiviti ke arah pengkomersialan kenaf terutama penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang menjadi syarat dalam penghasilan produk baharu berasaskan kenaf.

"Usaha meluaskan lagi jaringan pasaran dan meneroka pasaran baharu juga akan terus diberi perhatian untuk menjana pendapatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!