10 selebriti lelaki paling kacak di dunia
PAKAR bedah plastik wajah selebriti, Dr Julian De Silva menyenaraikan 10 lelaki paling kacak dan menarik menggunakan Golden Ratio yang mengkaji simetri wajah seseorang dan menilai daya tarikan visual mereka.
Menurut De Silva, teknik pemetaan komputer serba baharu itu membolehkan mereka menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu dinilai cantik secara fizikal selain amat berguna untuk merancang pembedahan plastik wajah pesakit.
Berikut adalah senarai selebriti paling 'hot' berdasarkan penilaian beliau.
1. Regé-Jean Page
Bintang Bridgerton ini berada di tangga teratas dalam carta. Golden Ratio yang mengukur kesempurnaan fizikal mendapati tahap kekacakan aktor British berusia 34 tahun ini adalah 93.56 peratus.
2. Chris Hemsworth
Bintang Avengers yang memegang watak adiwira Thor ini pula berada di kedudukan kedua dengan 93.53 peratus.
3. Michael B Jordan
Pelakon yang memegang watak N'Jadaka a.k.a. Erik Killmonger menerusi filem Black Panther yang merupakan musuh ketat kepada Raja T'Challa pula meraih skor 93.46 peratus.
4. Harry Styles
Teknologi baharu itu meletakkan penyanyi ini di tangga keempat dengan 92.30 peratus.
5. Jude Bellingham
Pemain bola sepak untuk pasukan kebangsaan England berusia 19 tahun ini pula berada di kedudukan kelima dengan 92.22 peratus.
6. Robert Pattinson
Aktor yang membintangi siri Twilight ini pula meraih skor 92.15 peratus.
7. Chris Evans
Captain America yang membarisi Avengers ini menduduki tangga ketujuh dengan 91.9 peratus.
8. George Clooney
Aktor Amerika berusia 61 tahun ini berada di tangga kelapan dengan skor 89.91 peratus.
9. Henry Golding
Pelakon British kelahiran Malaysia ini diberikan skor 87.98 peratus oleh Golden Ratio.
10. Dwayne Johnson
Bekas ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) yang terjun ke bidang lakonan ini pula berada di tangga kesepuluh dengan skor 86.07 peratus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!