Bermain Papan Luncur Air

A
A
A

Sekumpulan peluncur air tempatan selepas selesai bermain papan luncur air pada waktu senja di pantai Sungai Pagar baru-baru ini.

Menurut salah seorang peluncur tempatan, Muhammad Ariff Faris Wahab, 29, beliau yang mula aktif bermain papan luncur air sejak tahun 2020 itu berkata, aktiviti sukan ekstrem ini dilihat semakin diminati dan mulai popular dalam kalangan remaja di sini.

Pemain papan luncur lebih cenderung untuk memilih laut yang mempunyai gelombang besar, tiupan angin yang kuat sekaligus menghasilkan ombak 'cantik' bagi menggerakkan papan luncur dan pemainnya ke pesisir pantai.

Para penggemar sukan luncur air di pulau ini beruntung kerana mempunyai pantai dan gelombang ombak dari Laut China Selatan yang sesuai untuk aktiviti meluncur terutamanya pada musim Monsun Timur Laut iaitu sekitar bulan November hingga awal Mac setiap tahun.

Selain mempunyai pemandangan senja dan pantai yang indah, permainan sukan seumpama ini berpotensi sebagai salah satu tarikan baharu dan aset bagi industri pelancongan sukan seterusnya menjadi nilai tambah ekonomi kepada Labuan satu hari nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia