'Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM' - KJ

Khairy - Foto Bernama
Khairy - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menyertai kerajaan hari ini tidak semestinya memberi laluan yang lebih mudah untuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Ujar bekas Ketua Pemuda UMNO yang disingkirkan dari parti itu, itu bukanlah dalam perkiraan beliau sebagai langkah beliau seterusnya yang akan diambil.

Katanya, apa yang diperkirakan adalah sama ada keselesaan beliau untuk bersama dengan sesebuah parti itu serta keserasiannya dengan seluruh ahli parti tersebut.

“Itu adalah cita-cita jangka panjang (untuk meneraju kerajaan).

“Saya tak nak masuk ke tempat yang mana kita ada syak wasangka antara satu sama lain.

“Iya lah, saya dah lalui segala ini takkan saya nak pergi bergaduh dengan orang rumah lain pula,” katanya dalam program Agenda Awani pada Selasa.

Tegas Khairy, apa yang penting adalah beliau mahu membantu kalau ada tempatnya yang beliau ada keserasian untuk bersama bagi melihat apa peluang yang ada, untuk kebaikan rakyat. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!