KDEBWM lancar jentera pembersihan pantai

Jentera diuji bagi kerja-kerja pembersihan di Pantai Morib agar lebih efisien dan produktif.
Jentera diuji bagi kerja-kerja pembersihan di Pantai Morib agar lebih efisien dan produktif.
A
A
A

KUALA LANGAT - Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal Pintar, KDEB Waste Management (KDEBWM) melancarkan jentera pembersihan pantai, ‘Walk Beach Comber’ dan jentera mengutip sampah ‘Glutton Electric Little Picker’ seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi terkini.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud berkata, pelancaran dua jentera itu menjadikan kerja-kerja pembersihan Pantai Morib lebih efisien dan produktif.

"Dua jentera berteknologi moden ini digunakan berikutan kepercayaan tinggi oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang telah menganugerahkan kontrak kerja-kerja pembersihan Pantai Morib kepada KDEBWM," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Ahmad Rizal, ‘Walk Beach Comber’ adalah sebuah jentera pembersih pantai buatan Itali itu mampu melakukan kerja pembersihan berkeluasan 1,400 hingga 3,200 meter persegi perjam dengan lebar pembersihan yang boleh dicapai sehingga 97 sentimeter (cm).

Ujarnya, jentera 'Glutton Electric Little Picker’ berfungsi sebagai jentera mengutip sampah elektrik sifar pelepasan karbon selari dengan usaha syarikat memacu penggunaan teknologi hijau dalam masa sama mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Jentera ini dilengkapi dengan jangka hayat bateri sehingga 16 jam penggunaan, ia mampu dikendalikan dan bergerak dengan mudah tanpa menggunakan tenaga yang banyak," jelas beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Rizal memberitahu, pihak KDEBWM turut menyerahkan sebanyak 47,495 unit tong sampah

berkapasiti 120 liter secara berperingkat dalam usaha mengekalkan kebersihan kawasan Kuala Langat.

"Sebagai sebuah syarikat pengurusan perkhidmatan sisa pepejal pintar, KDEBWM sentiasa meneroka peluang dalam bidang kemampanan, digital dan teknologi terkini bagi menambah baik operasi syarikat," jelas beliau.

Info

‘Walk Beach Comber’

• Mampu membersih lebih mendalam

meskipun sewaktu keadaan pasir lembab

dan basah.

• Sistem penapis yang ada pada mesin ini

berupaya menapis pelbagai kotoran di

pantai seperti cengkerang, puntung rokok,

botol, kaca, batu dan kayu.

• Mampu beroperasi dan melakukan kerja-

kerja pembersihan berkeluasan 1,400

hingga 3,200 meter persegi / jam dengan

lebar pembersihan yang boleh dicapai

sehingga 97 cm.

• Didatangkan kotak sisa 25-liter bagi tujuan

proses pembersihan dan pembuangan

sampah dijalankan. Dua tong sampah

tambahan berukuran 18-liter yang

diletakkan di kiri dan kanan mesin turut

disediakan.

‘Glutton Electric Little Picker’

• Dengan jangka hayat bateri sehingga

16 jam penggunaan, ia mampu

dikendalikan dan bergerak dengan

mudah tanpa menggunakan tenaga

yang banyak.

• Pengecas bateri pintar terbina di dalam

‘chassis’ memudahkan pengecasan

mesin ini ketika beroperasi.

• Dengan ‘chassis’ berketinggian 20cm

dari permukaan tanah, menjadikannya

sangat stabil dan mudah untuk dibawa

menaiki tebing di bandar.

• Dilengkapi dengan kuasa sedutan yang

tinggi dan kelajuan mesin yang boleh

diubah.

• Sisa-sisa sampah yang dikutip akan

dikumpulkan ke dalam tong berukuran

240 liter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!