'Beku akaun bukan bermakna bersalah' - Mohd Yadzil

Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Dr Mohd Yadzil)
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Dr Mohd Yadzil)
A
A
A

MELAKA - Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka masih belum membuat sebarang semakan sama ada akaun parti itu di peringkat negeri turut dibekukan atau sebaliknya.

Ketuanya, Dr Mohd Yadzil Yaakop menyifatkan tindakan membekukan akaun yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah bermakna parti itu telah membuat kesalahan namun ia adalah prosedur siasatan yang dilakukan pihak berkenaan.

Malah menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan sebelum ini tidak ada apa-apa perkara yang tidak kena susulan dakwaan penyelewengan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020.

"Cuma sepatutnya tak boleh menyekat semua dan belum diputuskan salah, kes masih dalam siasatan.

"Atau mungkin sebaliknya ada unsur lain, balas dendam dan sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Rabu Sinar Harapan melaporkan SPRM membekukan beberapa akaun milik Bersatu dan perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!