Harga petrol, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 2 hingga 8 Februari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan hari minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran kedua-dua produk berkenaan melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, penetapan harga runcit mingguan produk petroleum berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga runcit minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!