Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Beliau disahkan terpilih memegang jawatan tersebut dalam Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Bahrain, pada Rabu.
Selain Hamidin, Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Areneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut mengisi baki empat jawatan tersebut.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres 2015, manakala Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pernah berkhidmat sebagai naib presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.
Sementara itu, Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengekalkan jawatan tertinggi berkenaan tanpa bertanding bagi tempoh empat tahun lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!