74 ahli Parlimen PN adakan permukiman selama dua hari

Senarai 74 ahli Parlimen PN yang sedang mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu.
Senarai 74 ahli Parlimen PN yang sedang mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permukiman itu selaras dengan komitmen gabungan parti yang menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai pembangkang yang efektif.

“Permukiman Ahli-ahli Dewan Rakyat PN 2023 kini berlangsung selama dua hari.

“Program ini bertepatan dengan komitmen PN untuk menjadi pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi yang menjuarai suara hati rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau turut berharap agar kesemua ahli Parlimen daripada gabungan parti itu akan bertindak sebagai satu pasukan yang berupaya melaksanakan tugas semak dan imbang kepada kerajaan.

“Selamat bertugas kepada semua ahli Parlimen PN. Semoga kita akan bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas semak dan imbang kepada kerajaan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!