PM ucap tahniah kepada Hamidin terpilih Ahli Majlis FIFA

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.

"Selamat bertugas dan semoga pelantikan ini membawa suatu nafas baharu kepada bola sepak negara,” kata Anwar dalam catatan di laman Facebooknya di sini malam ini.

Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, hari ini.

Hamidin, yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.

Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!