Ada 'benda' ikut Harum & Ezzaty
PASANGAN pelakon, Ezzaty Abdullah dan suami, Azwan Kombos, masing-masing mendedahkan di kediaman mereka dihuni oleh makhluk halus.
Menurut isterinya ketika kejadian berlaku pada tarikh hari lahir anak pertama mereka, Harum Dalia pada 6 Disember 2018, sekitar waktu maghrib.
"Benda itu tak ada di situ cuma dia melintas," kata Ezzaty.
Ezzaty memberitahu lebih lanjut, pada awalnya dia sekadar mengambil gambar berdua dengan anak kemudian dimuatnaik ke Insta Story IG.
"Lepas share di IG Story tu peminat yang beritahu saya ada benda di belakang, tiga penampakkan," katanya lagi.
Bagi mengesahkan kejadian itu, pasangan itu telah pun bertanya dan mendapatkan ustaz.
"Kami dah tunjuk dengan ustaz dan katanya ia nampak benda itu ada.
"Malah sebenarnya kami sudah berjumpa dengan tiga ustaz dan kediaman itu sebenarnya sudah dipagarkan.
"Namun, menurut seorang ustaz ini benda itu tidak mahu keluar," ujar Azwan mereka hanya mampu berdoa agar tiada kejadian tidak diingini menimpa keluarga kecil mereka.
Kedua pasangan itu ditemui ketika mengadakan Majlis Hari Lahir Harum Dalia yang pertama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!