Syahirah Vitalis pikat pelajar

Penuntut IPT akui penampilan lebih sempurna dan meyakinkan

A
A
A

Putri Nurshazwaniz (bertopi) menyifatkan haruman ibarat pemilihan aksesori mampu mengubah penampilan.
Putri Nurshazwaniz (bertopi) menyifatkan haruman ibarat pemilihan aksesori mampu mengubah penampilan.

SHAH ALAM - Rutin lazim bagi remaja perempuan dan wanita sebelum bersiap ke kampus, tempat kerja, bersantai atau urusan lain, tidak lengkap tanpa semburan minyak wangi pada tubuh.

Bagi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Putri Nurshazwaniz Kamarul Rizal, 23, pemilihan haruman yang tepat mengikut personaliti membantu pelajar mengimbangi emosi sepanjang belajar dan terlibat dalam aktiviti di luar kampus.

"Kandungan bahan semula jadi dan halal koleksi wangian Syahirah Vitalis ini mampu memberi kesan haruman lebih memikat dan segar," katanya ketika ditemui Sinar Harian di UITM Shah Alam yang mengedarkan sampel percuma wangian itu.

Nur Syazana (depan kanan) akui koleksi wangian Syahirah Vitalis dapat membentuk personaliti mereka yang masih belajar.
Nur Syazana (depan kanan) akui koleksi wangian Syahirah Vitalis dapat membentuk personaliti mereka yang masih belajar.

Bagi, Nur Syazana Aznan, 23, sekiranya si pemakai seorang yang yakin, pilihan aroma berasaskan elemen dramatik sangat sesuai iaitu Syahirah Vitalis Celebration.

"Selain itu, banyak koleksi wangian Syahirah Vitalis sesuai untuk mereka yang masih belajar di kolej, universiti atau sekolah menengah," jelasnya.

Peluang jadi usahawan

KUALA SELANGOR - Universiti Selangor (Unisel) bersedia bekerjasama dengan pengeluar produk minyak wangi, Syahirah Vitalis bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan penuntut universiti itu pada masa depan.

AMIRUL HAKIM
AMIRUL HAKIM



Pegawai Media Pejabat Komunikasi Korporat Unisel, Amirul Hakim Mohd Resadi berkata, kerjasama strategik ini bukan sekadar penuntut Unisel menjadi pengguna, tetapi turut menjadi ejen atau jurujual bagi memasarkan produk Syahirah Vitalis.

Syahirah Vitalis dengan kerjasama Sinar Harian mengedarkan 1,000 sampel percuma wangian hasil keluaran syarikat itu di ruang kafeteria Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Isnin.

Amirul Hakim berkata, produk wangian itu juga boleh diperluaskan di peringkat koperasi Unisel sama ada di Kampus Bestari Jaya atau di Shah Alam serta menjadi sebahagian daripada produk yang dijual semasa Pesta Konvokesyen Unisel tahun ini.

MARCELLA SYLVIA
MARCELLA SYLVIA



Penuntut Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Marcella Sylvia Melanius, 21, teruja dengan kerjasama ini.

Katanya, kebanyakan penuntut wanita sudah lama mengenali jenama itu dan ia memudahkan mereka untuk menjual.

TRINA
TRINA

Rakannya, Trina, 18, turut mengakui ramai yang mencari pendapatan sampingan untuk ringankan beban di samping fokus dalam pembelajaran.

Minyak wangi satu keperluan

KUALA LUMPUR - Bagi penuntut Universiti Malaya (UM), Wardah Sofiya Ridzwan, 22, dia yang aktif dalam sukan bola jaring memerlukan penyembur wangian yang tahan lama dan harga mampu milik.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah itu biasanya memperuntukkan bajet di bawah RM50 bagi pembelian minyak wangi bersesuaian dengan status sebagai seorang pelajar.

Pelajar UM mencuba produk wangian keluaran Syahirah Vitalis Eau De Natural di UM pada Selasa.
Pelajar UM mencuba produk wangian keluaran Syahirah Vitalis Eau De Natural di UM pada Selasa.



"Saya beli ikut keperluan dan tidak buat koleksi. Biasanya haruman yang menjadi pilihan mestilah berbau segar, lembut dan tahan lama," katanya pada program edaran sampel produk wangian Syahirah Vitalis Eau De Natural di UM pada Selasa.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Nur Aida Aqilah Jamalaludin, 23, akui turut memilih wangian tahan lama dengan harga mampu milik.

"Semua pelajar perlu ada minyak wangi dalam beg kerana kadang kala jadual kelas yang padat menyebabkan kita tidak sempat balik ke bilik untuk mandi atau tukar pakaian,” katanya.

Lelaki boleh guna produk Syahirah

PETALING JAYA - Penuntut Diploma Perniagaan dan Pengurusan, Amir Hakimi Amran, 19, akui tertarik dengan haruman Syahirah Vitalis Eau De Natural Peach Blossom & Lily of Valley yang bersesuaian dengan cita rasanya.

Sebahagian kakitangan dan penuntut lelaki dari Unitar yang mengambil peluang mencuba wangian Syahirah Vitalis.
Sebahagian kakitangan dan penuntut lelaki dari Unitar yang mengambil peluang mencuba wangian Syahirah Vitalis.

Menurutnya, dia kurang peka dengan jenama tersebut sehinggalah diperkenalkan melalui promosi yang dibuat baru-baru ini.

"Haruman ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita, harganya pula berpatutan," katanya ketika program edaran sampel produk wangian Syahirah Vitalis di Universiti Antarabangsa Unitar pada Selasa.

Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Unitar, Rozina Mat Isa, 47, tertarik untuk menggunakan jenama itu kerana harganya berpatutan haruman tahan lama.

"Dulu saya pilih barang jenama terkenal tetapi sekarang saya lebih utamakan kualiti wangian lebih tahan lama dengan harga yang berpatutan," jelasnya yang berharap lebih ramai pengguna menyokong produk keluaran Malaysia.

INFO

No Image Caption

- Menggunakan tagline 'Syahirah Inspirasi Dunia, Diyakini Halal'.

- Syahirah Vitalis Eau De Royale Syahirah Vitalis Couture & Syahirah Vitalis Celebration bertahan 10 jam.

- Syahirah Vitalis Eau De Natural iaitu Egyptian Jasmin & Turkish Rose bertahan lapan jam.

- Wangian Syahirah Vitalis dijual serendah RM17 - RM21.

- 'Syahirah Vitalis Fragrange' boleh didapati di Watsons, Guardian, Aeon, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, TF Value Mart, The Store, Billion, NSK, Lotus dan secara online di Shopee dan Lazada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!