Shahaniza tawar diri bertanding MT

Shahaniza
Shahaniza
A
A
A

KUANTAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Bekas Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang itu turut mengesahkan akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian.

Shahaniza berkata, keputusan itu sebagai mewakili suara wanita supaya golongan itu tidak terpinggir dalam agenda baharu UMNO.

Menurutnya, dengan pengalaman dimiliki dalam politik bermula dengan pergerakan puteri, ketua bahagian dan pernah menjadi exco kerajaan negeri diharap dapat membantu dalam memulihkan imej parti.

"Pada masa sama, saya sedia untuk melaksanakan agenda-agenda dalam usaha memberi nafas baharu kepada UMNO yang kini berdepan krisis kepercayaan termasuk dalam kalangan ahli," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Shahaniza yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, UMNO perlu bergerak dengan perubahan.

"Jadi saya fikir dengan pengalaman dimiliki akan dapat menyumbang sesuatu kepada parti ke arah perubahan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!