Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak mencampuri siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap parti politik.
Anwar turut menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan mencampuri urusan siasatan adalah merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"Kita tidak mengulangi sikap menekan seperti yang dilakukan dahulu dan tidak menggunakan badan-badan ini.
"Adalah tidak bertanggungjawab tokoh-tokoh politik pembangkang yang sedang disiasat membuat tomahan (terdapat) campur tangan dari kerajaan," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di bangunan Perdana Putra, di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kerajaan yang dipimpinnya tidak akan mengulangi tindakan yang menekan mana-mana pihak seperti dilakukan sebelum ini.
"Kita tidak menggunakan badan-badan ini," katanya.
Menurut Anwar, ketika menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan, beliau mendapati terdapat projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui proses tender.
"Dalam projek JanaWibawa dan tebatan banjir saya dapati ia menelan kos yang terlalu tinggi," katanya.
Ditanya mengenai desakan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad agar PKR dan DAP mendedahkan akaun, Anwar berkata, beliau mempunyai masalah untuk berbuat demikian.
"Tidak ada masalah (dedahkan) dan akaun itu dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengikut jadual ditetapkan," katanya.
Jelasnya, pemimpin Bersatu tidak mendedahkan akaun parti namun sebaliknya, ia didedahkan oleh pasukan penyiasat.
"Itu maknanya SPRM dapat laporan dan siasat," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: PN lancar kabinet bayangan
ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan
ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun Bersatu: Tak jejaskan Pas sebagai rakan gabungan
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu
ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin
ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!