Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[SINAR LIVE] Pahit nak telan, tapi...

02 Februari 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Penggantungan enam tahun dari parti merupakan satu tindakan yang dilihat mampu menguburkan karier politik seseorang individu.

Apatah lagi dengan usia yang masih muda, khidmat dan bakti itu masih berpotensi menjadi sumber penting dalam usaha menambahbaik struktur sesebuah organisasi mahupun parti politik pada masa akan datang.

Namun, inilah realiti yang harus dihadam bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan apabila beliau tersenarai sebagai salah seorang yang dikenakan tindakan oleh parti itu gara-gara dilihat tidak senada dengan kepimpinan tertinggi UMNO.

Saksikan Sinar Live bersama Shahril Hamdan, SEKARANG di semua platform digital Sinar Harian untuk kita dengar pandangan dan penjelasan beliau berhubung situasi yang hangat diperdebatkan ketika ini.

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

Facebook: https://bit.ly/40xWSiu

TikTok: https://bit.ly/3jhvdla

#SinarLive

#MalaysiaBerintegriti

#PerkasakanSuaraMalaysia