Shima Anuar bakal timang anak kedua

Pelakon, Shima Anuar
Pelakon, Shima Anuar
A
A
A
AKTRES, Shima Anuar tampil berkongsi kini dia sedang berbadan dua selepas anak pertama perempuannya genap berusia setahun.

Shima yang kini hamil pada trimester pertama itu memberitahu menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

"Hi everyone! First of all, I would like to thank each and everyone of you yang selalu doakan saya, family kecil saya dan juga my baby @mariansophia12 Terima kasih banyak-banyak.

"Alhamdulillah she is one today. Dan harini juga saya nak share berita gembira dengan semua, that I’m pregnant again.

No Image Caption



"Yes! Sophia is going to be a sister soon InsyaALLAH! Alhamdulillah.. Doakan sy dipermudahkan dengan segala urusan, sepanjang tempoh mengandung ni ya?," tulis Shima.

Shima turut mendoakan kepada mereka yang berhasrat untuk menimang cahaya mata.

"Dan saya juga doakan sesiapa yang inginkan zuriat, akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. InshaaAllah ameen ameen ameen! Once again, thank you so much atas doa kalian," ujarnya.

Shima dan suami, Mohd Solih Toha, 41, mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mara perempuan, Marian Sophia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!