Dr Zakir Naik tarik 3,000 pelajar di Sintok

Dr Hendrik (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Zakir selepas beliau selesai menyampaikan ceramahnya di Dewan Mu'adzam Shah UUM, semalam.
Dr Hendrik (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Zakir selepas beliau selesai menyampaikan ceramahnya di Dewan Mu'adzam Shah UUM, semalam.
A
A
A

SINTOK - Lebih 3,000 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan masyarakat sekitar hadir untuk mendengar ceramah oleh penceramah popular dunia, Dr Zakir Naik yang pertama kali hadir ke Kedah di Dewan Mu'adzam Shah, UUM, di sini, semalam.

Dr Zakir yang diberi ruang lebih tiga jam untuk menerangkan tajuk 'Talk Duty Of a Muslim As a Professional' turut berjaya menarik beberapa penyertaan bukan muslim untuk sama-sama menyertai terutamanya pada soal sesi jawab selama satu jam.

Pada ceramah tersebut, beliau berkata, seorang muslim profesional yang berjaya perlu menggabungkan kepakaran yang ada sambil tidak meninggalkan suruhan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Dr Zakir
Dr Zakir

Menurutnya, seseorang itu tidak akan digelar muslim profesional walaupun pada namanya menunjukkan identiti sebagai seorang beragama Islam selagi amalan kerjanya tidak bersandarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

"Sesuatu pekerjaan tidak menjadikan seseorang itu sebagai muslim profesional dalam bidangnya sekiranya apa yang dilakukan bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Perlu ikut apa yang telah disuruh oleh kedua-duanya jika mahu bergelar seorang muslim yang profesional.

"Contohnya, seorang lelaki muslim perlu tahu bahawa mereka tidak boleh bersalaman dengan wanita muslim ataupun wanita bukan muslim yang halal untuk dinikahinya. Sudah tentu ia menjadi dilema buat sesetengah orang namun dia perlu tahu batas dan ikut apa yang disuruh oleh Islam jika mahu menjadi seorang muslim yang profesional," katanya.

Artikel Berkaitan:

Lebih 3,000 pelajar UUM dan pelajar sekitar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir kira-kira selama tiga jam.
Lebih 3,000 pelajar UUM dan pelajar sekitar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir kira-kira selama tiga jam.

Program ceramah tersebut berjalan lancar tanpa sebarang provokasi oleh pihak luar selepas difahamkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran penceramah dunia Islam itu ke UUM dan negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, antara objektif program ini adalah untuk membantu pelajar menjadi kelas minda pertama selain mempunyai sikap toleransi di antara kaum di negara ini.

Menurutnya, Ia juga bertujuan untuk mempromosi pelajar-pelajar di universiti khususnya di UUM adalah bakal pemimpin profesional masa depan di negara.

"Saya mewakili semua pengurusan tertinggi UUM termasuk Naib Canselor UUM (Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani) sepenuhnya menyokong forum pada malam ini yang mempunyai kaitan tinggi dengan pelajar-pelajar di sini.

"Saya mahu mengingatkan kepada semua pelajar UUM terutamanya untuk fokus dan mencari titik persefahaman yang lebih baik ke arah penyatuan bagi mengekang sebarang anasir tidak sihat yang boleh menyumbang kepada konflik, prejudis dan sebarang tragedi yang tidak diingini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!