Tukang kebun mengamuk guna sabit ditahan
KOTA BHARU - Seorang tukang kebun sambilan yang mengamuk dengan menggunakan sebilah sabit di hadapan bangunan kerajaan di Pasir Puteh, pada Khamis mempunyai rekod kesalahan sama, sembilan tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki yang berjaya ditahan polis kira-kira jam pagi itu pernah mengamuk pada tahun 2014.
“Polis bertindak pantas dengan dibantu orang ramai dan dapat menahan lelaki berusia 49 tahun tersebut selepas 20 minit kemudian.
“Polis belum dapat mengetahui sama ada dia waras atau tidak siuman tetapi semakan rekod mendapati ada kes dia mengamuk sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini pada Khamis.
Beliau berkata, berkelakuan lelaki tersebut berbahaya kepada orang ramai.
“Saya minta supaya individu yang mempunyai maklumat boleh tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Sebelum itu,tular rakaman video memaparkan lelaki tersebut ditenangkan oleh orang ramai ketika mengamuk di tengah-tengah jalan di hadapan Pejabat Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Padang Pat Amat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!