Isu 2 jawatan tertinggi: Tidak langgar perlembagaan UMNO
Datuk Seri Ahmad Maslan
A
A
A
"Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebooknya pada Jumaat.
Dua hari lepas, Ahmad berkata, UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Menurut Ahmad, beliau telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di Putrajaya berhubung isu itu.
Ia susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Januari mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!