Presiden Benfica kecam Enzo Fernandez
PRESIDEN Benfica, Rui Costa tidak menyesal membenarkan perpindahan Enzo Fernandez ke Chelsea dan menyifatkan pemain itu sudah tidak mahu bersama kelab tersebut.
Chelsea telah menandatangani Enzo Fernandez dan memecahkan rekod Perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) termahal selepas memenuhi klausa pelepasan pemain itu bernilai €120 juta (RM555 juta).
"Semuanya telah dilakukan untuk memastikan Enzo tidak dijual. Saya mempunyai hati nurani yang bersih dan saya sedih seperti mana-mana peminat Benfica.
"Kami mencuba segala-galanya tetapi Enzo sentiasa menunjukkan keinginan untuk tidak kekal di Benfica.
"Sebagai peminat, saya tidak lagi mahu Enzo sebagai pemain. Sebagai presiden, dia tidak boleh meneruskannya. Saya memutuskan dia perlu pergi," katanya.
Menurut Costa, Fernandez tidak menghormati kelab itu dan dia tidak akan menangisi kehilangan pemain yang bersikap sedemikian.
"Kami kehilangan pemain yang hebat, tetapi saya tidak akan menangis untuk pemain yang tidak mahu kekal di Benfica. Saya dibesarkan di Benfica dan tahu bagaimana untuk menghormati Benfica.
"Saya menghormati Enzo, dia bebas memilih dan pilihannya adalah untuk tidak kekal di Benfica. Di Benfica, hanya akan ada pemain yang berbangga berada di sini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!