Aksi dramatik Real Madrid, Valencia

Vinicius meledak satu gol ketika membantu Real Madrid mengalahkan Valencia 2-0 pada Jumaat. -Foto EPA
Vinicius meledak satu gol ketika membantu Real Madrid mengalahkan Valencia 2-0 pada Jumaat. -Foto EPA
A
A
A

REAL Madrid meraih tiga mata berharga untuk mengejar pendahulu La Liga, Barcelona setelah mengalahkan Valencia 2-0 pada aksi penuh dramatik pada Jumaat.

Dua jaringan menakjubkan Marco Asensio dan Vinicius Junior dalam tempoh tiga minit serta kecederaan kapten, Karim Benzema turut mewarnai aksi di Santiago Bernabeu itu.

Valencia juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Gabriel Paulista dilayangkan kad merah kerana mengasari Vinicius.

Benzema terpaksa dikeluarkan pada babak masa kedua ekoran kesakitan di paha, manakala Eder Militao juga digantikan akibat masalah sama.

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memberitahu kecederaan Benzema 'sangat ringan', namun Militao bakal terlepas aksi menentang Real Mallorca pada Ahad.

Kemenangan itu meletakkan Real Madrid lima mata di belakang Barca yang sudah mengumpul 50 mata untuk memimpin carta liga.

Aksi tersebut juga menimbulkan suasana 'panas' apabila Paulista melakukan terjahan keras ke atas Vinicius.

“Kami perlu melindungi Vinicius. Dia pemain yang baik dan banyak menggelecek. Pertahanan lawan tidak menyukainya,” ujar penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!