Thaipusam: Jalan sekitar Sungai Petani ditutup mulai esok
ALOR SETAR - Beberapa laluan akan ditutup di Sungai Petani bagi melancarkan pergerakan lalu lintas sepanjang perayaan Thaipusam mulai Sabtu hingga Selasa ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, sambutan itu melibatkan tiga buah kuil yang terletak di Pekan Lama, Sungai Petani, iaitu Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Kuil Sri Maha Muniswarar dan Kuil Sri Sithi Vinayagar Thirukovil.
Menurutnya, upacara yang akan berlangsung melibatkan perarakan Kavadi dan perarakan Chariot di laluan yang telah ditetapkan.
"Jalan yang akan ditutup bagi memberi laluan pada pergerakan kavadi pada Sabtu hingga Selasa mulai jam 12.01 tengah malam hingga 5 petang adalah laluan Jalan Pasar (Hadapan Kuil Subramaniam ).
"Kenderaan dari arah timur tidak dibenarkan melalui Jalan Pasar dan akan dilencongkan melalui Jalan Sekerat seterusnya melalui Jalan Alor Setar Butterworth," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Wan Hassan berkata, mulai jam 5 petang hingga 12 tengah malam, di Jalan Sekerat kenderaan dari arah utara hendak ke Pantai Timur Baling/ Kulim akan dilencongkan melalui Jalan Taman Semangat Jalan Bakar Sampah melalui Jalan Sungai Petani seterusnya Kuala Ketil.
"Kenderaan dari arah timur yang hendak ke utara akan dilencongkan ke kanan melalui Jalan Bakar Sampah-Jalan Taman Sejati- Jalan Sekerat seterusnya melalui Jalan Alor Setar - Butterworth," ujarnya.
Beliau berkata, di lampu isyarat Pekan Lama (Hadapan Kuil Subramaniam), kenderaan dari arah utara / timur yang hendak ke selatan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Taman Bersatu-Jalan Central Square dan kemudian melalui Jalan Alor Setar-Butterworth.
"Kenderaan dari arah selatan hendak ke arah utara pula akan dilencongkan ke kanan melalui Jalan Kuala Ketil Jalan Bakar Sampah Jalan Taman Sejati - Jalan Sekerat dan seterusnya melalui Jalan Alor Setar-Butterworth," jelasnya.
Sementara itu, katanya, bagi pergerakan Chariot pada Isnin dan Selasa mulai jam 6 petang sehingga 5 pagi pula, laluan di lampu isyarat Jalan Pasar, kenderaan dari arah utara / selatan yang hendak ke Pantai Timur / Baling/ Kulim akan dilencongkan melalui Lampu Isyarat Penjara-Jalan Taman Semangat-Jalan Bakar Sampah-Jalan Sungai Petani seterusnya melalui Kuala Ketil.
"Di Jalan Sekerat kenderaan dari arah utara hendak ke Pantai timur/ Baling/ Kulim akan dilencongkan melalui Jalan Taman Semangat, Jalan Bakar Sampah, Jalan Sungai Petani seterusnya melalui Kuala Ketil.
"Bagi kenderaan dari arah timur yang hendak ke utara akan dilencongkan ke kanan melalui Jalan Bakar Sampah - Jalan Taman Sejati - Jalan Sekerat seterusnya melalui Jalan Alor Setar- Butterworth," katanya.
Wan Hassan berkata, laluan di lampu isyarat Pekan Lama, kenderaan dari arah utara / timur yang hendak ke selatan (Butterworth) akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Taman Bersatu-Jalan Central Square dan kemudian melalui Jalan Alor Setar-Butterworth.
"Bagi kenderaan dari arah selatan hendak ke arah utara akan dilencongkan ke kanan melalui Jalan Kuala Ketil-Jalan Bakar Sampah-Jalan Taman Sejati-Jalan Sekerat dan seterusnya melalui Jalan Alor Setar-Butterworth," ujarnya.
Justeru, pihak polis memohon kerjasama orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan bagi memastikan pergerakan lalu lintas berjalan lancar.
"Tempat letak kenderaan bagi orang ramai dibenarkan di beberapa kawasan iaitu, Taman Semangat, Taman Sejati, Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan Sekitar Pekan Rabu Dewan Beng Siew.
"Orang awam khususnya warga penduduk Sungai Petani dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan akibat daripada penutupan jalan ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!