KKM nafi vaksin Covid-19 ada cip ID

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan vaksin Covid-19 mengandungi cip ID seperti didakwa seorang pemilik akaun Facebook yang tular di media sosial pada 24 Januari lalu.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin Covid-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip.

Menurut kenyataan itu, senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA di pautan www.npra.gov.my merujuk main page > consumer > product search > product name.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Pemilik akaun Facebook ‘Cik Notes’ didapati membuat hantar dan mendakwa vaksin Covid-19 mengandungi cip ID dan boleh diakses di beberapa peranti serta berbahaya sehingga boleh membawa maut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!