Dua remaja cedera terjatuh dari tingkat tiga

Kedua-dua remaja tersebut terjatuh dari tingkat 3 bangunan meletak kereta di Flat Sri Saujana, Lebuh Macallum awal pagi tadi.
Kedua-dua remaja tersebut terjatuh dari tingkat 3 bangunan meletak kereta di Flat Sri Saujana, Lebuh Macallum awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua remaja cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga tempat meletak kereta di Flat Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini, awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 18 tahun tersebut cedera ringan dan sakit di bahagian pinggang manakala rakan wanitanya berusia 14 tahun dipercayai mengalami patah pinggang dan kaki.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan tergelincir dari blok bangunan tersebut ketika meniti di tepi tembok untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Menurutnya, dari keterangan mangsa, mereka telah tergelincir lalu terjatuh ketika hendak keluar dari kawasan tempat meletak kereta tersebut kerana pintu di dalam bangunan itu telah dikunci oleh pengawal keselamatan.

"Siasatan awal mendapati, kedua-duanya sedang berdua-duaan di tempat meletak kereta berkenaan. Hasil keterangan mangsa dan ibu bapa mangsa perempuan, kedua-duanya terlalu takut perbuatan mereka diketahui keluarga kerana mangsa masih bawah umur.

"Ketika menyedari pintu di kawasan tersebut telah dikunci oleh pengawal keselamatan, mereka panik kerana tidak dapat keluar. Mereka mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat tiga bangunan itu namun tergelincir ketika sedang meniti di tembok," katanya ketika dihubungi tadi.

Che Zaimani berkata, remaja lelaki tersebut telah terjatuh di atas rimbunan pokok manakala rakan wanitanya terjatuh di atas jalan raya menyebabkannya mengalami kecederaan serius.

Tambahnya, kedua-dua mangsa sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!