Sistem 'tol akhirat' tak wujud di Terengganu

Dakwaan yang disebarkan menerusi media sosial mengenai budaya kutipan wang yang disifatkan sebagai fitnah.
Dakwaan yang disebarkan menerusi media sosial mengenai budaya kutipan wang yang disifatkan sebagai fitnah.
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyangkal dakwaan kononnya wujud sistem kutipan 'tol akhirat' atau duit 'minum air' bagi pelaksanaan projek di peringkat Dun di negeri ini.

Menurutnya, dakwaan itu adalah bersifat fitnah dan sengaja diadakan bagi menutup kejayaan kerajaan melaksanakan manifesto di negeri ini.

"Ia semua adalah persepsi semata-mata kerana mahu menutup kejayaan Kerajaan Pas Terengganu menunaikan janji-janji manifesto.

"Alhamdulillah 12 daripada 20 janji manifesto Pas sedang berjalan dan janji-janji kita telah dan sedang ditunaikan untuk rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil turut mempersoalkan apa yang telah dilakukan kerajaan PH dalam menunaikan janji kepada rakyat di negara ini.

"Bandingkan PH yang sering dilabel 'kencing' rakyat tak habis-habis, mana janji nak hapus PTPTN, tol dan lain-lain," ujarnya.

Sejak awal bulan ini, pelbagai khabar angin tidak baik bertiup kencang di Terengganu.

Tidak ketinggalan, dakwaan mengatakan ada berlaku penyalahgunaan kuasa halus yang diamalkan segelintir pemimpin termasuk di peringkat Dun yang didakwa menekan pihak kontraktor.

Dakwaan disebarkan di laman sosial facebook itu mengatakan setiap projek yang bernilai RM30,000 hingga RM40,000 paling sedikit 'tol akhirat' akan di kutip RM5,000 berbanding RM500 hingga RM1000 dikenakan ketika pemerintahan Umno di Terengganu sebelum ini.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!