Wanita terperangkap dalam lumpur ketika cari siput
LANGKAWI - Seorang wanita yang terperangkap setengah jam dalam lumpur ketika mencari siput di Titi Lagun, di sini pada Jumaat berjaya diselamatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Langkawi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 petang dan sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Langkawi bergerak ke lokasi.
Menurut Ketua Balai Bomba Daerah Langkawi, Sallehuddin Darawi, sebalik tiba di lokasi, pegawai operasi mendapati wanita berusia 32 tahun terperangkap sehingga paras pinggang sedang berusaha untuk keluar dari dalam lumpur namun gagal.
"Anggota bomba menggunakan tali yang diikat pada badan berjaya menarik wanita itu ke atas darat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Sallehuddin, wanita tersebut diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!