Tergamak tinggalkan bayi sendiri di kaunter lapangan terbang

Bayi tersebut kini bersama kedua-dua ibu bapanya selepas perkara itu diselesaikan secara baik dengan pihak berkuasa. - Foto Agensi
Bayi tersebut kini bersama kedua-dua ibu bapanya selepas perkara itu diselesaikan secara baik dengan pihak berkuasa. - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Sepasang suami isteri warga Belgium tergamak meninggalkan bayi mereka di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel selepas mereka dikatakan lewat untuk menaiki penerbangan ke Brussels ketika kejadian pada Selasa lalu.

Media tempatan melaporkan kaunter tersebut telah ditutup dan pasangan itu kemudiannya berlari ke bahagian pemeriksaan keselamatan tanpa membawa bayi mereka.

Kakitangan di kaunter daftar masuk tersebut bertindak segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Jurucakap polis Israel mengesahkan perkara itu telah diselesaikan dan tiada siasatan lanjut dilakukan malah bayi berkenaan kini bersama kedua-dua ibu bapanya.

Beberapa laporan mendakwa pasangan itu mungkin bertindak sedemikan selepas dimaklumkan tentang bayaran tiket tambahan untuk bayi mereka. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!