Jerebu selubungi Bangkok, 42 wilayah lain
Orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar serta menggalakkan bekerja dari rumah. - Foto Reuters
A
A
A
Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.
Setakatjam 6 petang (waktu tempatan) Jumaat, bacaan indeks kualiti udara (AQI) Bangkok direkodkan pada 152 pada IQAir, menurut platform penjejakan kualiti udara Switzerland.
Bacaan AQI melebihi 100 dianggap 'tidak sihat', manakala bacaan melebihi 200 adalah 'sangat tidak sihat' sementara tahap yang melebihi 300 dikategori sebagai 'berbahaya'.
Jabatan Kawalan Pencemaran menjelaskan, tahap pencemaran udara tidak sihat PM2.5 adalah disebabkan oleh pencemaran udara di atmosfera.
Orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar serta menggalakkan bekerja dari rumah.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa pencemaran udara akan berkurangan pada Sabtu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!