11 maut, 26 cedera pengering jagung runtuh di Rwanda

Seramai 11 orang maut dan 36 lagi cedera dalam kejadian kemudahan pengeringan jagung runtuh di daerah Gasabo di Kigali, Rwanda pada Jumaat
Seramai 11 orang maut dan 36 lagi cedera dalam kejadian kemudahan pengeringan jagung runtuh di daerah Gasabo di Kigali, Rwanda pada Jumaat
A
A
A

KIGALI - Seramai 11 orang maut dan 36 lagi cedera dalam kejadian kemudahan pengeringan jagung runtuh di daerah Gasabo di Kigali, ibu negara Rwanda pada Jumaat, kata seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.

"Kemalangan berlaku kira-kira 8.30 pagi. Kemudahan pengeringan itu runtuh ketika mangsa sedang memeriksa bijirin mereka," kata setiausaha eksekutif sektor Rusororo, Desire Nsabimana kepada pemberita.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kemudahan pengeringan itu milik koperasi petani.

Perdana Menteri Edouard Ngirente dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.

"Mereka yang cedera telah dibawa ke kemudahan perubatan dan sedang dirawat. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan struktur yang dibina akan diperkukuh bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!