13 maut dalam kebakaran hutan di Chile
SANTIAGO - Seramai 13 orang maut di Chile akibat kebakaran hutan yang melanda beberapa wilayah, menurut pihak berkuasa pengurusan bencana Senapred.
"Seramai 13 maut akibat kebakaran hutan di wilayah Biobio, Nuble dan La Araucania," kata Senapred dalam satu kenyataan pada Jumaat, lapor Sputnik.
Antara yang maut, seorang anggota bomba wanita berusia 37 tahun serta juruterbang dan mekanik helikopter yang sedang dalam misi memadamkan kebakaran di kampung Galvarin.
Pada masa ini terdapat 178 kebakaran hutan di Chile yang meliputi kira-kira 8,000 hektar tanah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!