Remaja warga Thailand 'kantoi' bawa dadah

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan seorang remaja warga Thailand berumur 16 tahun dan merampas 10.3 kilogram ganja dalam Operasi Tapis Bersepadu bermula Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja berkenaan ditahan di tepi jalan Pengkalan Che Kassim Rantau Panjang ketika melalui kawasan itu.

Menurutnya, melalui operasi sama, dua lelaki warga tempatan berusia 18 tahun turut ditahan dan bersama mereka terdapat 4,000 biji pil kuda.

"Kedua-dua mereka ditahan di tepi jalan hadapan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang dan operasi ini susulan tangkapan dan rampasan pistol di Chabang Empat Salam Rantau Panjang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi Tapis Bersepadu selama tiga hari bermula Rabu melibatkan 132 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

Muhamad Zaki berkata, sepanjang operasi, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM216,000 dirampas dan dipercayai boleh digunakan untuk 29,301 individu.

"Melalui operasi itu menahan seramai 233 individu berusia 16 tahun hingga 65 tahun termasuk dua wanita.

"Kesemua mereka terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!