AS tembak jatuh 'belon pengintip China'
ANKARA - Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menembak jatuh objek yang disyaki sebagai ‘belon pengintip China’ yang dikesan berada dalam ruang udara AS di pantai Carolina Selatan.
Operasi untuk mendapatkan serpihan belon yang jatuh ke dalam Lautan Atlantik kini sedang dijalankan, lapor Agensi Anadolu.
Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata tindakan itu dibuat atas arahan Presiden AS Joe Biden.
Pada Rabu, Biden memberikan kebenaran untuk ‘menurunkan’ belon pengawasan itu sebaik sahaja misi itu dapat dicapai tanpa mendatangkan sebarang risiko yang tidak wajar kepada rakyat Amerika, katanya.
Kejadian itu telah mencetuskan ketegangan diplomatik, dengan Washington mendakwa China telah melanggar kedaulatannya manakala Beijing memaklumkan bahawa "belon udara itu digunakan untuk penyelidikan" dan telah tersasar ke ruang udara AS.
Setiausaha Negara Antony Blinken menangguhkan perjalanan ke China berikutan insiden itu. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!