Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik

Anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas bas yang terbalik di KM19, Jalan Lurah Bilut-Raub di Bentong pada malam Sabtu bagi memastikan semua mangsa selamat di bawa keluar.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas bas yang terbalik di KM19, Jalan Lurah Bilut-Raub di Bentong pada malam Sabtu bagi memastikan semua mangsa selamat di bawa keluar.
A
A
A

KUANTAN - Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis dilaporkan cedera selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 19 Jalan Lurah Bilut-Raub di Bentong pada Sabtu.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 8.50 malam itu, pemandu bas persiaran yang membawa 31 penumpang termasuk tiga guru dan 27 pelajar turut cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama satu jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kemalangan bas di KM19, Jalan Lurah Bilut-Raub di Bentong pada malam Sabtu bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan.
Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kemalangan bas di KM19, Jalan Lurah Bilut-Raub di Bentong pada malam Sabtu bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan.

Menurutnya, bas jenis Hino itu dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

"Mangsa yang cedera dikeluarkan dengan bantuan orang awam diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dihantar pulang ke MRSM Kuala Lipis menggunakan sebuah bas lain," katanya.

Zulfadli berkata, pihaknya membuat pemantauan di sekitar lokasi sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 10 malam setelah keadaan selamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!