Pemandu maut, kereta langgar pokok

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar pokok di Batu 14, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada awal pagi Ahad.

Dalam nahas 4.45 pagi itu, pemandu kereta, Tei Kian Tiong,50 beralamat dari Taman Bendahara, Batu Pahat, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira itu dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke arah bandar Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sebatang pokok.

"Ketika kejadian keadaan cuaca hujan dan permukaan jalan basah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tujuh anggota bersama satu jentera dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi kemalangan untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!