Kemeriahan Thaipusam cerminan masyarakat Malaysia Madani
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dari Georgetown di Pulau Pinang sehinggalah Batu Caves di Gombak, jutaan penganut agama Hindu merayakan sambutan ini dengan tekun serta meriah.
"Raikan kemeriahan ini dengan penuh harmoni dan kesederhanaan. Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan perayaan dapat disambut dengan lancar,” katanya mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu di negara ini mewakili warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.
Dalam catatan di Twitter, beliau berharap supaya rakyat terus memelihara perpaduan, keharmonian dan menanamkan sifat saling menghormati, yang menjadi teras kemakmuran serta kesejahteraan negara tercinta. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!