Pervez Musharraf meninggal dunia

PERVEV MUSHARRAF. - Agensi
PERVEV MUSHARRAF. - Agensi
A
A
A

ABU DHABI - Bekas Presiden Pakistan, Pervev Musharraf dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UEA) hari ini.

Kesihatan Pervev merosot sejak 2019 dan tahun lalu beliau dilaporkan tenat selepas menderita komplikasi penyakit dikenal pasti sebagai amiloidosis.

Tahun lalu, keluarganya menepis khabar angin di media sosial bahawa Pervev sudah meninggal dunia, sebaliknya hanya mengesahkan organ dalaman beliau sudah tidak berfungsi.

Keluarganya juga mengesahkan bahawa Pervev terlantar di hospital namun tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pervev memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai Presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008.

Beliau ke Dubai pada Mac 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan berada di luar negara sejak itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!