Doakan Syed Ibrahim cepat sembuh
KUANTAN - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) sejak 13 April lalu difahamkan akibat jangkitan kuman pada hatinya.
Bagaimanapun, keadaan ADUN Kerdau itu yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sejak dimasukkan ke hospital, Syed Ibrahim menerima lawatan pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy melalui Facebook rasminya meminta seluruh rakyat negeri ini mendoakan Syed Ibrahim cepat sembuh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!