Turki tahan pengintip UAE
ISTANBUL - TURKI. Pihak berkuasa Turki menahan dua lelaki dipercayai pengintip Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istabul, kata agensi berita Anadolu hari ini.
Anadolu berkata, pihak berkuasa Turki sedang menyiasat sama ada kedua-dua lelaki itu ada kaitan dengan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.
Khashoggi yang lantang mengkritik kerajaan Saudi dibunuh dalam bangunan kedutaan Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.
Seramai 15 ejen dihantar dari Riyadh dituduh melakukan pembunuhan tersebut.
Jenazah Khashoggi tidak ditemui sehingga kini. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!