KPDN Negeri Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi
Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan pada 10.50 malam itu turut menyita sebuah lori dan peralatan digunakan untuk pemindahan gas LPG berkenaan dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.
"Pasukan penguat kuasa menemukan 24 tong 50 kilogram (kg) LPG yang masih berisi dan 39 tong 50 kg yang kosong untuk kegunaan industri manakala 114 tong 14 kg kosong untuk kegunaan domestik berada di stor berkenaan.
"Hasil siasatan turut mendapati stor itu disyaki digunakan sebagai tempat memindahkan gas LPG bersubsidi ke dalam tong gas LPG kegunaan industri berdasarkan penemuan peralatan seperti hos paip, mesin pam dan alat timbang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis dan individu yang ditemukan di lokasi itu juga tidak mempunyai sebarang lesen atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual.
Muhammad Zahir berkata, susulan itu, dua pekerja lelaki warga Myanmar di stor terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited memantau barangan kawalan bagi mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran selain mengingatkan mana-mana pihak yang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!