Pencapaian Kane membanggakan - Conte
ANTONIO Conte bangga dengan pencapaian penyerang sensasi, Harry Kane kerana menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham Hotspur menerusi rekod 267 jaringan.
Menariknya gol itu diraih ketika Spurs menewaskan Manchester City 1-0 yang dalam misi merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal.
Conte mengucapkan tahniah kepada Kane menerusi panggilan telefon memandangkan jurulatih itu menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan pundi hempedu di Itali.
Tempat Conte diambil alih oleh penolong jurulatih, Cristian Stellini.
Kane meledak gol tersebut pada separuh masa pertama menyaksikan kapten England itu meledak 267 gol untuk Spurs, melepasi rekod yang dipegang oleh mendiang Jimmy Greaves.
“Anda membuatkan saya bangga,” ujar Conte menerusi panggilan video dari bilik persalinan pemain.
Conte juga memberitahu proses pemulihannya berjalan baik dan semakin sihat selepas menjalani pembedahan Rabu lalu.
Pengurus itu turut memuat naik ucapan tahniah di Instagram kepada pasukannya di atas kemenangan tersebut.
“Sentiasa bersama anda, walaupun dari jauh.
“Bangga dengan seluruh pasukan,” tulis Conte di Instagram.
Kemenangan tersebut meletakkan Spurs di kedudukan kelima EPL dengan 39 mata ketinggalan satu mata berbanding Newcastle.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!