Malaysia ucap takziah kepada keluarga Pervez Musharraf

Pervez Musharraf. Foto Reuters.
Pervez Musharraf. Foto Reuters.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas presiden Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf, yang meninggal dunia semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di akaun Twitternya hari ini berkata, beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat sedih mendengar berita kematian Musharraf yang juga bekas pemerintah tentera Pakistan itu.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah, semoga Allah Maha Besar memberikan kekuatan kepada keluarga Jeneral Pervez Musharraf," katanya.

Musharraf, 79, meninggal dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Musharraf, yang menggerakkan rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1999, dan meletak jawatan sebagai presiden pada 2008.

Beliau berlepas ke Dubai meninggalkan Pakistan pada 2016 bagi mendapatkan rawatan perubatan, dan tinggal di sana dalam buangan.

Penyakit Musharraf dikenal pasti sebagai amyloidosis. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!